Cukup-cukuplah berpolitik 24 jam: Hishammuddin

Iklan
Hishamuddin di Parlimen hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong pelaksanaan Kongres Maruah Melayu (KMM) yang melihat objektif penganjurannya melangkaui batasan kepartian dan perbezaan warna kulit.

Menurutnya, usaha tersebut turut memperlihatkan bahawa budaya berpolitik keterlaluan perlu dihentikan, sebaliknya semua pihak perlu memandang ke hadapan untuk memperjuangkan usaha ke arah perpaduan.

Iklan
Iklan

"Saya minta semua cukup-cukuplah berpolitik 24 jam kerana saya hendak tengok ke hadapan dan menyokong usaha menyatupadukan kita," katanya di sini hari ini.

Hishammuddin antara pemimpin UMNO yang menghadiri persidangan KMM di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Iklan
Iklan