Angkara budak main api, 536 hilang tempat tinggal

Iklan
Kira-kira 70 rumah musnah dan 536 orang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Tamansari, Jakarta Barat. - Foto Agensi

JAKARTA - Tindakan seorang kanak-kanak yang dipercayai bermain api bukan sahaja mengakibatkan rumah didiaminya terbakar, malah turut menyebabkan 69 lagi rumah musnah dalam kebakaran di Tamansari, Jakarta Barat, semalam.

Perkara itu disahkan Jabatan Pengurusan Bomba dan Penyelamat Indonesia yang memberitahu kepala gas rumah tidak ditutup turut menyebabkan api merebak dengan cepat dari satu rumah ke rumah lain.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakapnya, kebakaran itu mengakibatkan 536 orang kehilangan tempat tinggal.

Katanya, sebanyak 24 jentera di turunkan untuk memadam kebakaran dan kerja-kerja pemadaman selesai pada jam 5.50 petang.

Iklan

"Bagaimanapun, sehingga kini anggaran kerugian masih disiasat," katanya.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Sumiati, 50, masih kebingungan melihat rumahnya turut musnah dalam kebakaran itu hingga menyebabkan dia tinggal sehelai sepinggang.

Iklan

"Pulang dari berniaga, tahu-tahu ada api besar dari sana, hendak masuk ke dalam rumah sudah penuh asap," katanya.

Semua mangsa kini ditempatkan di khemah sementara berdekatan taman tersebut. - Agensi