KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan hampir RM21 juta bagi membiayai lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke luar negara sejak Jun 2018 hingga bulan lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keseluruhan perbelanjaan itu melibatkan 30 lawatan dan ini merangkumi perbelanjaan bagi pegawai kerajaan yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri ke luar negara seperti yang diluluskan Jemaah Menteri.