Permaisuri Agong mencemar duli ke bengkel pertukangan perak

Iklan
Tunku Azizah (tengah) beramah mesra dengan orang ramai di Kampung Morak, Wakaf Bharu semalam. -Foto Facebook Nadya Bistaman

TUMPAT - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berkunjung ke sebuah bengkel pertukangan barangan perak di Kampung Morak, Palekbang di sini hari ini.

Tunku Azizah tiba pada jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan orang ramai.

Iklan
Iklan

Pemilik bengkel berkenaan, Mohd Ariffin Wook, 70, berkata, dia sangat teruja dan menyifatkan dirinya bertuah apabila bengkelnya dikunjungi Permaisuri Agong.

"Saya dimaklumkan Raja Permaisuri Agong datang bertujuan mahu melihat sendiri seni perbuatan barangan perak yang ditempah khas oleh baginda lebih sebulan lalu.

Iklan

"Tunku Azizah menempah tiga set barangan perak berbentuk mangkuk tingkat yang sedang disiapkan oleh saya sendiri,” katanya yang mengusahakan bengkel tersebut sejak 50 tahun lalu.

Iklan