Gabenor Iraq letak jawatan

Iklan
Fallah al-Jazairi

BAGHDAD - Gabenor Baghdad, Fallah al-Jazairi meletak jawatan susulan protes antikerajaan bagi menentang rasuah, pengangguran dan perkhidmatan awam yang berlangsung sejak beberapa hari lalu di Iraq.

Semalam anggota Majlis Daerah mengundi yang menyaksikan keputusan memihak kepada pengunduran al-Jazairi.

Iklan
Iklan

"Penerimaan permohonan calon untuk jawatan itu kini dibuka selama lima hari," menurut sumber.

Pada 22 Disember lalu al-Jazairi dipilih sebagai Gabenor Baghdad bagi menggantikan pendahulunya Atwan al-Atwani yang memenangi kerusi di Parlimen.

Iklan

Sebagai tindak balas kepada tunjuk perasaan yang sedang berlaku, Kabinet Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul-Mahdi telah mengeluarkan siri pembaharuan dengan lebih 10 reformasi dirancang termasuk pengagihan tanah, pendaftaran tentera dan meningkatkan taraf kebajikan bagi mereka yang memerlukan.

Dalam perkembangan berkaitan sekurang-kurangnya 104 termasuk lapan anggota pasukan keselamatan dilaporkan terbunuh manakala lebih 6,107 lagi cedera dalam pertempuran berterusan di negara itu. - Agensi

Iklan