PRK Tanjung Piai: SPR siap sedia jika banjir

Iklan
Mohamed Elias (kiri) melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini hari ini.

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir akibat fenomena air pasang besar di Parlimen Tanjung Piai (P165) pada hari pengundian 16 November depan.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, persiapan menghadapi sebarang bencana telah diambil kira kepimpinan di peringkat daerah bagi memastikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan telah berlangsung mesyuarat dipengerusikan Pegawai Daerah, Zulkifly Mohd Tahir yang juga Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Tanjung Piai bersama beberapa agensi pagi tadi.

"Faktor cuaca, persiapan dan kemungkinan berlaku bencana alam disentuh dalam mesyuarat itu. SPR sentiasa berkomunikasi dengan Jabatan Metrologi bagi mendapatkan perkembangan semasa tentang cuaca," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chiao Kukup di sini hari ini.

Mengikut rekod bencana alam banjir akibat air pasang besar berlaku di Kukup dan Tanjung Piai pada musim tengkujuh akhir tahun bermula November.

Iklan

Mohamed Elias berkata, SPR turut mengambil berat tentang keselesaan pengundi terutama orang kurang upaya (OKU).

"Mengikut data seramai 977 OKU berdaftar sebagai pemilih di Parlimen Tanjung Piai. Mereka akan mengundi di saluran satu bagi memastikan keselesaan mereka dan tidak menunggu lama.

"Kita dah mula memberi perhatian kepada keperluan OKU sejak dulu lagi tetapi kita tambah baik lagi bermula daripada lepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga sekarang melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) OKU," katanya.