Belanjawan 2020: Kerajaan perlu 'jaga' pengundi M40

Iklan
Mohsen Amdan

SHAH ALAM - [VIDEO] Kerajaan perlu 'menjaga' pengundi golongan isi rumah berpendapatan sederhana (M40) dengan memberikan manfaat lebih ketara menerusi Belanjawan 2020 atau berisiko hilang sokongan seterusnya memberi kesan pertukaran kerajaan.

Pakar psikologi, Mohsen Amdan berkata, ini kerana golongan itu adalah pembayar cukai yang juga menyumbang 40 peratus daripada pendapatan negara.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan bacaan semasa, saya jangkakan belanjawan kali ini akan membabitkan elemen yang akan dipanjangkan kepada kumpulan yang akan disasarkan.

"Dalam masa sama, saya jangka mungkin ada perkembangan dua hingga lima peratus peningkatan manfaat kepada golongan M40 ini," katanya ketika Program Sinar Live bertajuk 'Belanjawan: Manfaat untuk pembayar cukai hampir tiada?' di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, kerajaan perlu pertimbangkan senario politik semasa kerana pengundi M40 adalah kelompok besar yang perlu dijaga.

"Saya percaya sekiranya kerajaan gagal dalam memberikan manfaat yang diharapkan kelompok besar ini, tidak mustahil ia (tukar kerajaan) boleh berlaku," katanya.

Iklan

Pemilik Mohsen Amdan Consultancy Sdn bhd itu menyifatkan golongan M40 sering berasa terpaksa mengeluarkan lebihan belanja menyebabkan wujud persepsi tidak menikmati sebarang manfaat diberikan kerajaan walaupun sebenarnya masih memperoleh manfaat.

"Bila seseorang merasakan dia sepatutnya dapat lebih dan mereka tidak merasai, jadi mereka fikir mereka tidak dapat apa-apa. Ada juga yang fikir mereka dapat manfaat kemudahan seperti hospital yang kalau dibandingkan dengan negara lain, Malaysia lebih baik sejak dulu lagi.

"Bantuan kepada B40 pula adalah kelompok yang benar-benar memerlukan dan kerajaan perlu sebut bantuan itu," katanya.