Ibu pasrah beri bayi minum air sirap

Iklan
Asmirul (tengah) menyerahkan sumbangan tilam dan bantal kepada Rosmina (kiri) sambil diperhatikan Shahrin (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tepi Laut hari ini.

KUALA KEDAH - Seorang ibu lapan anak pasrah apabila terpaksa memberi bayinya minum air sirap disebabkan tidak mampu membeli keperluan susu berikutan kesempitan hidup dilalui mereka sekeluarga.

Rosmina Md Ludin, 39, berkata, bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa berdepan bahaya berikutan rumah uzur yang didiami di Kampung Tepi Laut itu kerap dimasuki binatang berbisa termasuk ular.

Iklan
Iklan

Dia yang turut mengalami masalah kesihatan berkata, kesukaran tersebut terpaksa ditempuhi bersama anak berusia 1 hingga 23 tahun disebabkan tidak berkemampuan.

"Tidak dinafikan, memang takut sebab kak pernah dipatuk ketika mengandung anak bongsu, malah ular pernah menjalar atas badan anak keempat namun apakan daya kami tak mampu.

Iklan

"Pendapatan suami yang bekerja sebagai nelayan serta dibantu tiga anak yang lain masih tidak mencukupi lebih-lebih lagi tiga lagi anak masih bersekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, kisah Rosmina turut mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Exco Pembangunan Usahawan Kedah, Asmirul Anuar Aris mengunjungi keluarga berkenaan.

Iklan

"Kita bersama pelbagai agensi turun padang semula ke rumahnya bergotong-royong membersihkan kediaman mereka demi membolehkan mereka meneruskan hidup dalam keadaan selesa," katanya ditemui selepas gotong-royong di sini hari ini.

Asmirul Anuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan berkata, sumbangan barangan rumah seperti batal dan tilam diberikan untuk membantu meringankan beban keluarga itu.

"Kita bercadang mencari rumah lain kepada keluarga ini selain memberi galakan kepada Rosmina melakukan pertanian secara kecil-kecilan bagi membantunya tambah pendapatan," katanya.

Terdahulu, keluarga berkenaan mendapat bantuan wang tunai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disampaikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Setar, Shahrin Nizar Azudin.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Ahmad menyerahkan kit makanan dan difahamkan proses menyalurkan bantuan bulanan kepada keluarga berkenaan sedang dilakukan.