Notis peringatan berkaitan kesalahan merokok

Iklan
Notis peringatan terhadap sebuah warung kopi yang tular di media sosial berhubung kesalahan larangan merokok di kedai makan.

KUALA KUBU BHARU - Tular di media sosial satu notis peringatan yang dikeluarkan terhadap sebuah premis kedai makan dsini atas dua kesalahan berhubung larangan merokok di kedai makan.

Surat berkenaan dimuat naik seorang pengendali Facebook, Apis Hafiz dengan status saman pertama merokok di restoran.

Iklan
Iklan

Berdasarkan surat yang tertera cop rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor atas seorang penama mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kawal Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2018).

Premis tersebut didapati melakukan kesalahan gagal mempamerkan tanda larangan merokok seperti di dalam jadual ketiga bahagian yang mudah dilihat pada premis tempat makan.

Iklan

Satu lagi kesalahan adalah gagal memastikan tidak ada yang merokok di dalam premis tempat makan.

Kesalahan terbabit mengikut Peraturan 12 (1) (a) dan (b) di bawah akta berkenaan yang dilakukan di sebuah warung kopi di Pasar Peladang Kuala Kubu Bharu pada jam 10.55 pagi bertarikh 1 Januari 2019.

Iklan