Program Subsidi Petrol lebih baik berbanding sistem sekarang

Iklan
Dr Ahmed Razman (gambar kecil) PSP dilaksanakan pada Januari tahun depan.

SHAH ALAM - Pengumuman kerajaan berhubung Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal dilaksanakan pada Januari tahun depan menggunakan kaedah bayaran tunai terus ke akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) disifatkan lebih baik berbanding sistem sedia ada yang dinikmati semua pihak tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.

Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana ia lebih bersasar kepada golongan memerlukan iaitu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran subsidi petrol dikredit empat bulan sekali

Menurutnya, langkah pertama kerajaan itu sangat bermakna buat kumpulan B40 dan ia boleh ditambah baik selepas ini supaya lebih ramai golongan terutama pertengahan (M40) yang benar-benar memerlukan berdasarkan lokasi.

Iklan

"Kita faham ada golongan M40 berdepan dengan kos sara hidup tinggi di bandar dan mereka ini juga kumpulan paling banyak menggunakan kenderaan sendiri. Saya fikir kerajaan boleh menambah baik sistem dengan mengambil kira lokasi tempat tinggal

Ditanya mengenai pengapungan harga petrol RON95 bermula awal tahun hadapan susulan pelaksanaan PSP, Dr Ahmed Razman berkata, mekanisme mengawal harga minyak dunia naik mendadak kerana ia bakal memberi kesan kepada kerajaan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Harga RON95 diapungkan awal tahun depan

"Mungkin jika harga petrol naik kepada suatu nilai yang dianggap terlalu tinggi, kerajaan boleh mengehadkan dengan memberikan subsidi kepada semua pengguna di negara ini.

"Sebagai contoh, konflik antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran boleh berlaku dan jika terjadi, harga minyak akan melambung tinggi," katanya.

Menurutnya, kaedah itu boleh dibuat kerana jika harga minyak mentah dunia meningkat, negara juga akan mendapat keuntungan daripadanya.

"Bagi setiap AS$1 dolar, peningkatan per barel Malaysia akan dapat RM300 juta dan kalau naik kepada AS$10 dolar, negara dapat RM3 bilion peningkatan pendapatan. Apa salahnya peruntukan ini digunakan untuk menstabilkan harga minyak ketika kenaikan berlaku," katanya.