Kerajaan tiada hasrat untuk kembalikan GST: Tun M

Iklan
Dr Mahathir menjawab soalan pada Sidang Dewan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini. FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan kembali sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebaliknya akan memperbaiki cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana GST jelas telah ditolak oleh rakyat.

Iklan
Iklan

" (Ketika) GST diperkenalkan dahulu, kita dengar banyak rintihan daripada rakyat. Mereka bayar cukai dua kali.

"Sebab itu kita berpendapat, kita perlu balik (kenalkan) SST dan ini sedang berjalan, di samping kita perlu baiki pelaksanaan cukai baharu ini (SST).

Iklan

"(Jadi) tidak ada sebabnya kita akan kembali kepada cukai (GST) yang ditolak rakyat dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ma'mun Sulaiman (Warisan - Kalabakan) berkenaan hala tuju kerajaan berkenaan kesediaan untuk melaksanakan semula GST sekiranya ia dikehendaki rakyat.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, sesebuah kerajaan perlu mengenakan cukai untuk mengumpul dana yang diperlukan dalam pentadbiran negara.