PELAKON, pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Nor atau mesra disapa Neelofa membuktikan wanita berhijab juga mampu tampil stailo pada acara fesyen antarabangsa.
Buktinya, kemunculan selebriti berusia 30 tahun itu pada Minggu Fesyen New York 2019 dan Minggu Fesyen Milan 2019 yang berlangsung antara 4 hingga 23 September lalu berjaya mencuri tumpuan lensa kamera jurugambar profesional.