Cuaca buruk punca 19 penerbangan dari Senai lewat

Iklan
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) - Foto fail internet

JOHOR BAHRU - Sebanyak 19 ketibaan dan pelepasan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke beberapa destinasi tempatan dan luar negara mengalami kelewatan petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services, Md Derick Basir berkata, kesemua ketibaan dan pelepasan penerbangan itu melibatkan destinasi Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang dan Bangkok.

Iklan
Iklan

"Penerbangan-penerbangan ini mengalami kelewatan antara 10 hingga 60 minit disebabkan cuaca buruk di Kuala Lumpur bermula jam 3 petang semalam.

"LTAS juga telah menerima enam pesawat lencongan tujuan asal ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Surat Thani (Thailand) dan Shenzen (China),” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, Md Derick berkata, kesemua penerbangan yang terjejas dan pesawat lencongan telah selamat berlepas setelah cuaca beransur baik pada lewat petang semalam dan penerbangan berjadual terakhir berlepas pada jam 11.50 malam tadi.

Beliau berkata, pergerakan pesawat ke semua destinasi telah beroperasi seperti biasa mengikut jadual hari ini. - Bernama

Iklan