Mayat warga emas ditemui reput dalam rumah

Iklan
Lokasi di mana mayat wanita warga emas ditemui reput.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas ditemukan sudah meninggal dunia dengan keadaan mayatnya telah reput di sebuah rumah di Jalan Seneka, Taman Century di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mayat wanita berusia 78 tahun itu ditemui kira-kira jam 2.35 petang selepas dimaklumkan seorang lelaki yang juga broker hartanah.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu memberitahu, tujuan dia datang ke rumah itu untuk bertemu dengan penyewa kerana rumah tersebut akan dijual kepada orang lain.

"Setibanya di sana, dia beberapa kali memanggil penyewa tetapi tidak disahut. Susulan itu, tuan rumah terus membuka pintu sebelum menemui mayat reput di pintu bilik air rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Shahurinain berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia sejak enam bulan lalu.

"Rangka manusia itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. Waris dan keluarga terdekat mangsa juga sedang dikesan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, tiada unsur jenayah atau khianat ditemui di lokasi itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.