AMERIKA SELATAN - Gara-gara tidak mampu membeli hadiah, seorang bapa didakwa merogol anak perempuannya pada hari lahir ke-13 sebagai hadiah.
Lelaki berusia 32 tahun itu telah diberkas selepas perbuatan terkutuk itu diketahui isterinya di rumah mereka di Chipaya, Bolivia, di sini.
Iklan
Iklan
Dia melakukan perbuatan keji itu semasa isterinya tiada di rumah dan menghabiskan masa meraikan ulang tahun anaknya.
Lelaki itu mengugut dan mengancam isterinya namun wanita itu tetap menghubungi polis dan suspek berjaya diberkas pada 4 Oktober lalu.
Ketika disoal siasat oleh polis, lelaki itu memberi alasan tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah untuk anaknya sebaliknya memutuskan memberi 'hadiah' itu.
Pegawai polis, Oruro Equal Carmen Miranda memberitahu media tempatan, kes seksual ini sangat menyedihkan kerana si bapa mengambil kesempatan terhadap mangsa ketika dia sendirian.
"Siasatan masih diteruskan untuk mendapat maklumat lebih terperinci dan buat masa ini, suspek ditahan reman manakala anak menerima perkhidmatan psikologi. - The Sun