Singapura sampaikan perutusan Hsien Loong kepada PM

Iklan
Lee Hsien Loong dan Teo Chee Hean

SINGAPURA - Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean berada di Putrajaya pada 31 Disember 2018 untuk menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi pihak Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Chee Hean yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan pertanyaan media mengenai mesyuarat dua hala antara Singapura dan Malaysia.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan perutusan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, hari ini bahawa ruang udara adalah satu daripada isu yang dibincangkan dalam pertemuan antara Dr Mahathir dan Chee Hean di Putrajaya pada Isnin.

Iklan

Saifuddin juga berkata, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung ruang udara akan dibincangkan semasa pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan pada 8 Januari.

Ketika mengesahkan perkara ini, jurucakap MFA Singapura berkata, kedua-dua Menteri Luar akan mengadakan pertemuan pada 8 Januari di Singapura sambil menambah bahawa"ada juga rancangan untuk Menteri Pengangkutan dari kedua-dua negara bertemu tidak lama lagi."

Iklan

Saifuddin dilaporkan berkata, bahawa lawatannya ke Singapura adalah kesinambungan daripada mesyuarat semalam.

"Terdapat beberapa isu, tetapi yang perlu diberi perhatian segera adalah rancangan Singapura untuk memperkenalkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar yang akan melalui ruang udara meliputi Pasir Gudang, Johor.

"Kami membantah dan mengisytiharkan ruang udara sebagai kawasan larangan, dan ini akan menjadi masalah kepada Singapura. Saya yakin isu itu akan dibincangkan dengan baik untuk mencari penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua negara," kata Saifuddin.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah mengeluarkan Notis kepada Jutruterbang (NOTAM) pada 25 Disember 2018, memaklumkan pihak penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputiu ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa mulai 2 Januari 2019. - Bernama