KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang didapati bersalah mengeluar, mencetak atau menempa mata wang Malaysia tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM), boleh didenda tidak melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Itu merupakan antara peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 yang dibentangkan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Yusof di Parlimen, hari ini.