BATANG KALI - Tiga motosikal termasuk sebuah rangka dijumpai dalam rumah tidak berpenghuni di Jalan Meranti Ligamas dekat sini tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dua daripada motosikal itu tidak sempurna dan pemeriksaan mendapati ia milik jiran serta tiada rekod dilaporkan hilang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, motosikal terbabit diambil semula oleh penama kerana gagal membayar ansuran bulanan pinjaman.
"Untuk makluman hari ini jam lebih kurang 12 tengah hari, anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) telah pergi ke alamat No 87 Jalan Meranti 3A/9 Ligamas Batang kali.
"Didapati rumah tersebut adalah rumah kosong dan tiada penghuni.
"Hasil pemeriksaan dalam rumah ada dua motosikal dalam keadaan tidak sempurna dan satu rangka motosikal," katanya.
Bak Phai berkata, hasil pemeriksaan ke atas rangka motosikal terbabit mendapati ia masih dilaporkan hilang bersangkut laporan polis di Batang Kali.