KUALA LUMPUR - Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus bersifat terbuka dalam menerima kemasukan tokoh yang dapat memberi manfaat kepada parti, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Kita (ahli PKR) mestilah ada sifat terbuka untuk menerima tokoh-tokoh yang dapat beri nilai tambah kepada PKR apatah lagi dalam konteks Sabah dan Salleh (Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak) sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman tentunya dapat membantu Parti Keadilan Sabah.