Fokus pembangunan kaum majoriti jamin kemakmuran negara

Iklan
Hazwan Mohamad

SHAH ALAM - Kemakmuran negara diyakini mampu dicapai secara total sekiranya penekanan kepada agenda Melayu, Islam dan bumiputera dilaksanakan dalam Belanjawan 2020.

Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad berkata, kerajaan perlu memastikan masyarakat itu terbela dengan tidak mengetepikan apa-apa juga perkara yang boleh membantu pembangunan Melayu, Islam dan bumiputera.

Iklan
Iklan

"Sesiapa sahaja kerajaan yang memerintah, mencengkam, mengetepikan atau membuat apa sahaja perkara yang mengancam kemakmuran masyarakat Melayu, Islam dan bumiputera dalam apa jua aspek, saya yakin dan percaya, baik kestabilan ekonomi atau kestabilan politik, semua tidak akan menjadi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 132 'Belanjawan 2020: Apa Rakyat Dapat' di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Iklan

Menurutnya, agenda pembangunan ekonomi Melayu, Islam dan bumiputera adalah masalah akar yang wajar diberi keutamaan kerana golongan itu majoriti yang menerima bantuan dan melebihi garis kemiskinan.

"Apabila kita dapat selesaikan masalah ekonomi, masalah kemiskinan anak Melayu, bumiputera yang membentuk majoriti dalam negara kita, saya yakin bahawa seluruh masyarakat dalam negara ini akan terbela dan akan menjamin kemakmuran bersama dalam membentuk ekonomi yang lebih mampan bersama," katanya.

Iklan