Agong cemar duli beli kuih di gerai tepi jalan

Iklan
Paparan video Sultan Abdullah mencemar duli singgah ke gerai kuih-muih selepas menunaikan solat Jumaat. Gambar kanan: Reaksi netizen yang memuji dan berbangga mempunyai Agong berjiwa rakyat.

KUALA LUMPUR - Perkongsian video memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membeli kuih-muih di sebuah gerai di Taman Koperasi Polis, Jumaat lalu kini tular di media sosial.

Istana Negara menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasminya memberitahu, baginda berbuat demikian selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi Polis hari ini.

Iklan
Iklan

Peniaga yang menjual kuih tersebut turut teruja apabila Seri Paduka sudi membeli kuih hasil jualan mereka.

Video berdurasi 48 saat itu kini meraih 119,184 tontonan dan rata-rata netizen meninggalkan respon positif di ruangan komen Instagram milik Istana Negara serta berbangga mempunyai seorang pemerintah berjiwa rakyat.

Iklan

Tulis farra emilia bakar:"Daripada Tengku Mahkota Pahang, sampailah sekarang. Aduhai, membuak-buak hati nak balik bertugas di Pahang," katanya.

"Tuanku terbaik, dekat dengan rakyat, makan sama dengan apa yang rakyat makan. ALLAHU, semoga tuanku sentiasa dipermudahkan," kata amirul4646 official.

Iklan