TIDAK tahan dengan suhu panas membahang walaupun di dalam rumah? Samsung Electronics Malaysia (Samsung) ada penyelesaiannya.
Mengapa e-Trend berkata demikian? Ini kerana anak syarikat Samsung Group memperkenalkan inovasi pendingin hawa terbaharu, AR9500M yang lebih canggih dan menjimatkan elektrik.
Menurut Ketua Perniagaan Elektronik dan Kepenggunaan Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan, inovasi AR9500M itu memberikan pelanggan satu penyelesaian yang ideal dalam mengekalkan bilik yang selesa.
"Dikuasakan dengan teknologi Cool-Free Cooling yang berupaya untuk melepaskan udara sejuk dengan menggunakan mod Fast Cooling melalui 21,000 lubang udara mikro sekali gus menurunkan suhu bilik dengan pantas.
"Dengan hanya menggunakan dua langkah mudah sahaja, sistem penyejukan itu secara automatik boleh bertukar kepada mod Wind-Free Cooling yang mencipta udara sejuk yang kekal selesa tanpa aliran udara tidak menyenangkan," katanya sempena pelancaran produk itu di ibu kota baru-baru ini.
Ujarnya lagi, pendekatan canggih itu boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik hingga 72 peratus berbanding mod Fast Cooling menjadikan ia satu pencapaian inovasi cukup membanggakan.
"Menyedari ketidakselesaan suhu panas yang mampu menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, Samsung berusaha untuk membawa satu pembaharuan buat rakyat Malaysia dengan penyelesaian berinovatif melalui teknologi Wind-Free,” katanya.
Teknologi digital 8-Pole Inventer
Seiring dengan keperluan penjimatan tenaga, AR9500M yang menggunakan teknologi digital 8-Pole Inverter dengan inovasi POWERboost itu berupaya mengurangkan keseluruhan tenaga yang digunakan selain memendekkan masa untuk pemampat mencapai kelajuan maksimum (Hertz).
Teknologi digital 8-Pole Inverter yang pertama diperkenalkan di dunia itu membolehkan produk pendingin hawa keluaran Samsung menggunakan hanya 32 peratus tenaga sahaja dengan lebih efisien dan tahan lama.
ANEKDOT
SPESIFIKASI lain AR9500M:
- Reka bentuk arkitektur segi tiga yang unik membolehkan lebih banyak udara ditarik dengan kapasiti kipas dengan saiz 22 peratus lebih besar berbanding model terdahulu.
- Ciri penyejukan yang pantas sehingga 43 peratus lebih cepat selain memastikan udara disejukkan menjangkau setiap sudut bilik.
- Hanya dengan wifi, AR9500M boleh dikawal melalui aplikasi pintar Samsung untuk mengawal suhu secara jauh, menyesuaikan tetapan, kemas kini mengenai prestasi penghawa dingin dan penggunaan tenaga harian.
- Samsung mempunyai kempen promosi A Cooling Revolution bermula sehingga 31 Disember nanti dengan pakej perlindungan jaminan di kedai jenama terpilih.
- Pakej perlindungan jaminan yang dipertingkatkan termasuk waranti dua tahun penuh dan perlindungan kompresor selama 10 tahun.
- Sempena sambutan Samsung Gemilang juga, pembelian Air Conditioner Samsung Wind-Free pelanggan akan diberikan hak pemasangan percuma (bernilai RM310) dan hadiah percuma (Dry Iron bernilai RM63.90 atau Thermocafe 0.5ml bernilai RM88).
- Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen promosi 'A Cooling Revolution' Samsung, layari, www.samsung.com/my/offer/brandshopexclusive-air-conditioners.