KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi hari ini mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air 2003.
Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berhubung kes difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.