Dua terbunuh insiden tembakan rambang di Jerman

Iklan
Sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang wanita, terbunuh dalam serangan pistol dan bom tangan di sebuah rumah ibadat di Halle, Jerman tengah. - Foto Agensi

HALLE - Sekurang-kurangnya dua terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang di luar sebuah rumah ibadat di Jerman pagi tadi (waktu tempatan).

Polis berkata, seorang wanita adalah antara yang maut manakala beberapa yang lain cedera.

Iklan
Iklan

Selain itu, bom tangan turut dilempar ke tanah perkuburan berdekatan.

Lelaki bersenjata itu dipercayai melarikan diri ke arah Leipzig.

Iklan

Polis berkata, pihaknya telah melancarkan operasi mencari penyerang dan mengarahkan penduduk untuk tinggal di rumah mereka atau mencari perlindungan.- Agensi