Pak Din 'hero' yang dirindui

Iklan
Antara komen netizen yang menzahirkan ucapan takziah, rasa sedih selain mengimbas kenangan bersama Pak Din.

KUALA LUMPUR - Pemergian seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam mengundang kesedihan dalam kalangan warganet di laman Twitter khususnya murid dan alumni sekolah itu.

Rata-rata bekas pelajar dan pelajar sekolah terbabit menyifatkan Pak Din atau nama sebenar Kamarudin Basri, 67, sebagai hero atau ‘the legendary guard’ kerana bukan sahaja melakukan tugas sebagai pengawal keselamatan, malah turut membantu warga sekolah melakukan kerja-kerja lain.

Iklan
Iklan

Hingga ke hari ini, ribuan ciapan membanjiri laman sosial tersebut dengan rata-rata menzahirkan ucapan takziah, rasa sedih selain mengimbas kenangan bersama Pak Din yang banyak membantu pelajar-pelajar.

Tulis @Hadina:"Yang paling buat aku sayang Pak Din ni, bila aku kantoi merokok, buli junior (sikit je), aku kena kaunseling. Aku balik paling lambat sekali petang tu. Mata aku dah bengkak sebab nangis. Dia pun tegur,"Pak Din tau, kau bukan jahat, kau nakal je. Pak Din percaya cikgu-cikgu sini. Ada banyak lagi pasal kau #PakDin, disebabkan ini aku makin rasa sebak dengan memori yang ada pasal kau. Ucapan takziah buat seluruh keluarga #PakDin. Innalillahiwainnailahirojiun."

Iklan

"Pak Din adalah atuk angkat terbaik buat pelajar CBN (Convent Bukit Nanas). Dia tidak pernah gagal untuk mengingatkan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah. Dia akan selalu bercakap, hah tengok ayah dah sampai dan suasana akan menjadi senyap bila dia meniupkan viselnya," kata @ShakilaAnirudh.

Pak Din yang telah bertugas hampir 20 tahun di Sekolah Kebangsaan dan juga SMK Convent Bukit Nanas meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kelmarin kerana komplikasi kesihatan akibat masalah jantung dan leukemia.

Iklan