Ancaman bom di masjid: Tujuh lokasi diserbu, enam suspek ditahan

Iklan
Bavaria Joachim Herrmann

BERLIN - Polis menyerbu tujuh lokasi di seluruh Jerman hari ini bagi siasatan ancaman bom yang dihantar oleh pelampau kanan ke masjid-masjid dan ahli politik di negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik satu kenyataan.

Menteri Dalam Negeri, Bavaria Joachim Herrmann berkata, enam suspek telah ditahan kerana disyaki menghantar mesej Islamofobia selain ancaman bom ke masjid-masjid, parti politik dan institusi media.

Iklan
Iklan

Polis merampas beberapa cakera keras semasa penggeledahan di beberapa negeri persekutuan iaitu Bavaria, Baden-Wuerttemberg, Thuringia dan Saxony-Anhalt.

Suspek kemudian dibebaskan manakala siasatan masih dijalankan.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, lebih 12 masjid, ibu pejabat parti politik dan agensi berita menerima ancaman bom yang didakwa dihantar oleh pertubuhan pengganas pelampau kanan seperti Blood and Honour, Combat 18 dan Volksfront. - Bernama