Cech tukar bidang sertai sukan hoki ais

Iklan
Cech kini menjadi penjaga gol hoki ais untuk kelab Phoenix.

BEKAS penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech kini bertukar 'bidang' apabila kini menjadi penjaga gol pasukan hoki ais, Guildford Phoenix yang beraksi dalam Liga Hoki Divisyen Dua di United Kingdom.

Cech yang sebelum ini mengambil keputusan bersara daripada karier bola sepak sebulan lalu membuat penampilan pertama untuk pasukan Phoenix itu dalam satu perlawanan, semalam.

Iklan
Iklan

"Saya gembira diberi peluang bermain bersama Phoenix dan menimba pengalaman dalam sukan ini.

"Selepas 20 tahun menjadi pemain bola sepak profesional, waktu ini akan menjadi detik paling bermakna untuk bermain sukan yang paling saya minati sejak kecil," katanya.

Iklan

Cech sebelum ini beraksi bersama Chelsea selama 11 tahun dan menyertai Arsenal pada 2015 sebelum mengambil keputusan bersara daripada karier bola sepak.

Cech kemudiannya kembali ke Stamford Bridge selepas dilantik sebagai penasihat teknikal untuk kelab itu.

Iklan

"Ada orang yang fikir saya bertukar kerja. Tidak, saya masih penasihat teknikal di Chelsea dan kerja saya itu tidak menghalang saya untuk bermain hoki ais.

"Tidak banyak beza menjadi penjaga gol hoki ais dan bola sepak. Cuma saya kena menyesuaikan diri dengan permukaan di atas ais," katanya.