Low kecewa persembahan Jerman

Iklan
Jerman hanya mampu meraih keputusan seri 2-2 dengan Argentina. - Foto THE SUN

PENGENDALI Jerman, Joachim Low mengakui kecewa selepas pasukannya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Argentina dalam aksi persahabatan di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi tadi.

Menurutnya, pemain tidak menampilkan persembahan konsisten selepas mendahului dua gol dan membiarkan Argentina menjaringkan gol penyamaan.

Iklan
Iklan

"Kami bermain dengan baik pada babak pertama dan menyerang dengan permainan pantas. Kemudian, kami sepeti hilang punca dan membiarkan Argentina menguasai perlawanan pada babak kedua.

"Kami banyak kehilangan bola dan ia memberikan masalah kepada kami. Walaupun saya gembira dengan cara kami memulakan perlawanan, tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan menjelang perlawanan kelayakan Euro 2020 nanti," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Jerman berada dua gol di hadapan pada separuh masa pertama melalui gol Serge Gnabry dan Kai Havert.

Lucas Alario dan Lucas Ocampos bagaimanapun tampil cemerlang pada separuh masa kedua dengan masing-masing menjaringkan satu gol buat Argentina untuk mengikat juara Piala Dunia 2014 itu.

Iklan

Low bagaimanapun tidak mahu menyalahkan sepenuhnya barisan pemain sebaliknya turut memuji beberapa pemain muda yang diturukan dalam perlawanan itu.

"Sangat positif melihat para pemain yang sebelum ini kurang diberikan waktu bermain membuktikan mereka juga layak berada dalam pasukan. Memang kecewa melepaskan dua gol, tetapi anda perlu melihat kualiti pemain yang kami turunkan," katanya.

Selepas ini, pasukan Die Mannschaft itu akan menentang Estonia dalam perlawanan kelayakan Euro 2020, Isnin ini.