'Kerajaan tidak bercadang tetapkan harga siling minyak petrol'

Iklan
Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak bercadang menetapkan harga siling minyak petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertemuan bersama syarikat minyak memberi gambaran bahawa harga minyak dunia akan berlegar di antara AS50-60 per tong ketika pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 nanti.

Iklan
Iklan

"Ketika harga diapungkan nanti kalau kita benarkan lonjakan sehingga RM2.50 impak ekonominya sukar diperbetulkan. Jadi peningkatan itu adalah 1,2 atau 3 sen sangat bergantung kepada momen ketika Januari itu keadaan harga minyak mentah dunia.

"Prinsip itu AS50-60 per tong kita sudah boleh buat ramalan. Peningkatan itu sangat minima agar tidak memberi kesan parah yang sukar diperbetulkan kepada rakyat," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sama ada kerajaan akan menetapkan harga syiling minyak jika naik terlalu tinggi.

Tambah Saifuddin prinsip ini tidak membebankan rakyat kerana mereka masih dapat menikmati subsidi kerajaan.

Iklan

"Jika naik 2 sen bermaksud harga di pam RM 2.10 walhal harga ketika itu masih diberi subsidi 25 sen. Jadi rakyat masih terima 21 sen subsidi," katanya.

Harga petrol RON95 akan diapungkan bermula tahun depan berikutan pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP).

ARTIKEL BERKAITAN Harga RON95 diapungkan awal tahun depan