Lebih 1,000 pengganas Daesh lolos di Syria

Iklan
Puluhan pengganas Daesh duduk di sel yang penuh sesak di penjara yang dikendalikan oleh militan Angkatan Demokratik Syria (SDF). FOTO CBS News

DAMSYIK - Lebih 1,000 pengganas Daesh melarikan diri dari penjara Syria ketika sebahagian besar pengawal penjara Kurdish dilaporkan meninggalkan penjara untuk melawan tentera Turki.

Pegawai AS semalam mengesahkan kepada CNN bahawa beberapa militan dari Angkatan Demokrat Syria (SDF) telah meninggalkan penjara menuju ke utara sebelum serangan Turki bermula.

Iklan
Iklan

CNN melaporkan pegawai telah lama memberi amaran mengenai kelemahan 'penjara pop-up' yang menempatkan kira-kira 11,000 hingga 12,000 militan Daesh yang ditawan di medan perang.

Bagaimanapun laporan itu menyebut 2,000 daripadanya adalah orang asing dan bukan dari Iraq atau Syria.

Iklan

Berikutan kebimbangan terhadap tahanan lari yang semakin meningkat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam berkata, beberapa penghuni Daesh yang paling berbahaya telah dipindahkan ke kawasan lain.

Sementara itu, beberapa jam selepas pengumuman Donald Trump, seorang pegawai pertahanan AS mengesahkan kepada ABC News bahawa tentera AS telah mengambil hak penjagaan dua individu paling berbahaya dari SDF.

Iklan

Kedua-duanya dikatakan sebagai pengganas British 'The Beatles' Daesh yang terkenal kerana melakukan rakaman video untuk memenggal kepala tawanan oleh kumpulan Takfiri.

"Mereka ditahan dalam tahanan ketenteraan Amerika Syarikat mengikut undang-undang perang. Mereka telah dipindahkan dari Syria dan berada di lokasi yang selamat," katanya.

Sebelum ini, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, angkatan tentera Turki sudah bersiap sedia melancarkan operasi ke atas militan Kurdis di utara Syria tanpa sebarang amaran.

Tegas beliau, operasi tersebut bakal dilakukan selepas AS memberi lampu hijau kepada Turki untuk melancarkan serangan. Konflik bersenjata Kurdish dan Turki sudah berlarutan sejak sekian lama.

Perjuangan utama Kurdish adalah mendapatkan kemerdekaan atau wilayah autonomi bagi membentuk negara Kurdistan dalam usaha mempertahankan hak budaya dan politik mereka. - Agensi