Muara cetek, 3,000 nelayan Pantai Suri mahu kerajaan bertindak

Iklan
Antara nelayan yang berdepan masalah di kawasan tersebut.

KOTA BHARU – Seramai lebih 3,000 nelayan membabitkan 10 pulau di kawasan muara Pantai Suri, Tumpat terpaksa berdepan masalah muara cetek.

Antara pulau terlibat termasuk Pulau Suri,Pulau Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Tongkan, Pulau Che Soh, Pantai Baru, Pulau Cendol, Pulau timun dan Pulau Seratus.

Iklan
Iklan

Keadaan itu menyukarkan mereka untuk ke laut kerana dasar muara dipenuhi pasir dan lumpur.

Ariffin Mamat, 70, berkata, masalah tersebut bukan perkara baharu malah sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu dan semakin serius sejak empat bulan lepas.

Iklan

Menurutnya, musim tengkujuh yang bakal tiba turut memberi kesan kepada nelayan kerana mereka kerana hilang punca pendapatan.

"Kami menanggung keluarga dan masih ramai yang menanggung anak-anak bersekolah," katanya.

Iklan

Keadaan bot yang tersadai akibat tidak dapat turun ke laut.

Sementara itu, Hadi Hassan, 45, berkata, nelayan di kawasan tersebut mempunyai bot besar namun tidak dapat digunakan kerana masalah berkenaan.

"Kalau ada bot kecil pun belum tentu kita boleh melalui muara. Semuanya terpulang kepada keadaan semasa air. Kalau air pasang, mungkin boleh lalu,” katanya.

Hassan memberitahu, jika sebelum ini mereka keluar awal pagi untuk ke laut dan mencari rezeki namun kini tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa menunggu air pasang besar supaya bot mereka boleh melalui muara sungai.

Keadaan itu juga menyebabkan hasil yang diperolehi kurang berbanding sebelumnya kerana kelewatan keluar menangkap ikan di laut.

"Ramai yang mengadu bot mengalami kerosakan enjin dan kipas akibat dasar muara yang cetek," katanya.