Dua ADUN DAP tak bersalah, kata Guan Eng

Iklan
GUAN ENG

KUALA LUMPUR - DAP percaya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu yang ditahan hari ini kerana dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak bersalah, kata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

"Pembabitan mereka dalam DAP sehingga kini tidak menunjukkan kedua-dua mereka terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyimpang daripada pendirian parti berhubung pemodenan, resolusi aman dan tiada kekerasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya DAP akan menyediakan pasukan peguam untuk mewakili kedua-dua ADUN itu, manakala Naib Pengerusi parti, M Kula Segaran telah diminta mewakili DAP dalam sebarang perhubungan antara parti dengan pihak berkuasa, pembuat undang-undang, dan anggota keluarga yang terlibat mengenai perkara berkenaan.

"DAP berharap kedua-dua wakil rakyat kita akan menjadikan kesulitan semasa ini sebagai satu cabaran, dengan ketabahan dan kepercayaan, bahawa kebenaran akhirnya akan mengatasi segalanya sekali gus akan membebaskan mereka,” katanya.

Iklan
Iklan

Media hari ini melaporkan polis menahan tujuh individu termasuk dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan atas dakwaan terlibat dengan kumpulan LTTE. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Polis sahkan dua ADUN antara tujuh ditahan terlibat LTTE