Bolehkah seorang bapa memberi zakat kepada anaknya?

Iklan
BANTUAN sedekah atau pertolongan lain merupakan jalan yang terbaik untuk membantu kerana ada ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan untuk membantu kaum kerabat kita.

MELIHAT anak perempuannya hidup dalam serba kekurangan selepas berkeluarga, seorang bapa berniat mahu memberikan zakat kepada anaknya itu.

Ya, bapa mana yang sanggup melihat anaknya hidup dalam kesusahan.

Iklan
Iklan

Sesukar manapun, pasti dia akan membantu anaknya itu.

Namun, bapa tadi berasa ragu-ragu adakah bantuan yang bakal diberikannya nanti dikira sebagai zakat?

Iklan

Persoalannya, bolehkah seorang bapa memberikan zakat terhadap anaknya?

Dalam perkara berkaitan zakat, ALLAH SWT telah menetapkan asnaf zakat kepada lapan kumpulan seperti yang telah disebutkan dalam Surah al-Taubah, ayat 60 iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, hamba yang hendak memerdekakan diri, orang yang berhutang, fi sabilillah dan ibnu sabil.

Iklan

Pendapat muktamad dalam Mazhab Syafie, tidak dibenarkan memberikan zakat kepada anak kerana asalnya ia termasuk di bawah tanggungan walaupun anak sudah berdikari, namun berada dalam keadaan miskin.

Ia tanpa menafikan adanya pandangan mazhab lain yang membenarkan.

Adapun bantuan sedekah atau pertolongan lain ialah jalan yang terbaik untuk membantu kerana ada ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan membantu kaum kerabat dengan sedekah dan bantuan lain itu amat diutamakan.

Di samping itu, pembayaran zakat amatlah baik dan diutamakan untuk dibayar di pusat zakat negeri.

Di sana juga ada bahagian yang boleh dituntut untuk diagihkan sendiri setelah bayaran zakat dibuat.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.