KUD@KPLB Putrajaya 2019 janjikan kelainan

Iklan

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 bakal menjanjikan kelainan dan dijangka lebih meriah berbanding tahun sebelum ini.

Karnival yang akan diadakan pada 17 hingga 21 Oktober ini di Jalan Permodenan (Pekarangan Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya, diyakini mampu membangkitkan fenomena luar biasa.

Iklan
Iklan

KUD@KPLB Putrajaya 2019 yang akan berlangsung selama lima hari itu akan memartabatkan produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar melalui perluasan akses pasaran.

Pelbagai program menarik menanti pengunjung antaranya pameran dan jualan usahawan, aktiviti keusahawanan, pameran inovasi dan mesin, laman ternakan dan haiwan peliharaan, forum ilmiah, aspirasi seni dan gerai makanan.

Iklan

Bukan itu sahaja, aktiviti memperkasakan perniagaan dan keusahawanan turut diadakan. Antaranya:

Padanan Perniagaan

Iklan
  • Padanan perniagaan yang melibatkan pakar dari dunia perniagaan yang akan membantu usahawan dengan padanan pasaran yang sesuai. Antara yang terlibat ialah agensi kerajaan, agensi SME Antarabangsa, agensi pelaburan kerajaan negeri, hypermarket atau peruncitan swasta.

Perkasa niaga

  • Bengkel berkonsepkan pocket talk dan mini bual bicara ini disertai agensi kerajaan dan usahawan.

Bual bicara usahawan

  • Program bual bicara yang melibatkan perkongsian daripada ikon usahawan berjaya dan usahawan Rural Business Challenge.



Majlis perasmian KUD@KPLB Putrajaya 2019 dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUD@KPLB Putrajaya 2019 menyasarkan dua juta pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sebanyak 1,000 gerai jualan dan 30 food truck menjadi tarikan buat pengunjung dari seluruh negeri.

Jadi, apa tunggu lagi! Lapangkan masa anda pada 17 hingga 21 Oktober ini, bawalah keluarga untuk memeriahkan lagi KUD@KPLB Putrajaya 2019.

Sokong barangan buatan Malaysia, KUD@KPLB Putrajaya 2019 pusat sehenti lima hari yang bakal menghidangkan pelbagai produk orang kita yang tentunya memenuhi cita rasa anda.