Guan Eng bawa Belanjawan 2020 ke Parlimen untuk pembentangan

Iklan
Lim Guan Eng membawa beg berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2020 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.40 petang hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini membawa beg yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2020 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada jam 2.40 petang.

Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Iman Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ustaz Nor Azamir Alias bagi mendapatkan keberkatan.

Iklan
Iklan

Sebelum beredar, Guan Eng sempat mengucapkan 'terima kasih atas usaha' kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan yang turut bersama sebelum beliau menaiki kereta.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Iklan

Guan Eng dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini.

Ia adalah kali kedua beliau membentangkan belanjawan tahunan negara.​​​​​​​

Iklan

Belanjawan 2020 ini dinanti-nantikan rakyat, untuk melihat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mengurus kos sara hidup yang meningkat dan serta bersama menikmati kemakmuran negara.

Belanjawan kali ini juga dilihat akan berpandukan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, yang bertujuan menyusun semula ekonomi dan jurang perbezaan antara orang kaya dan golongan miskin. - Bernama