Pembangunan modal insan bantu tingkat pendapatan rakyat

Iklan
WhatsApp Image 2019-10-11 at 4.38.13 PM

KUALA LUMPUR - Pelbagai inisiatif termasuk peningkatan produktiviti dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan terutamanya latihan semula dan peningkatan kemahiran akan dipergiat oleh kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, selaras dengan kepentingan pendidikan dalam mempersiapkan generasi hadapan, kerajaan akan memberi tumpuan untuk memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri.

Iklan
Iklan

"Dalam Belanjawan 2020, kerajaan akan memperuntukkan dana termasuk menyediakan bantuan makanan dan wang tunai kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Di samping itu, kurikulum pendidikan tertiari akan ditambah baik manakala program latihan industri akan dikaji semula untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya.

Iklan

Laporan itu juga menyebut selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030, beberapa strategi akan dirangka kerajaan untuk mewujudkan suasana yang membolehkan sektor awam, swasta, profesional dan rakyat berkolaborasi dengan berkesan.

"Belanjawan 2020 juga akan memperkenalkan inisiatif bagi menambah baik dan memperkemas peraturan pentadbiran, prosedur dan sistem serta penyampaian perkhidmatan awam untuk menyokong keusahawanan," kata laporan itu.

Iklan

Laporan tersebut turut menyatakan hasil kajian mengenai perubahan struktur ekonomi Malaysia berdasarkan output, nilai ditambah, cukai dan subsidi.

"Pada 2005, pembuatan adalah sektor ekonomi terbesar, namun pada 2010 dan 2015 sektor perkhidmatan muncul sebagai penyumbang terpenting kepada ekonomi Malaysia," katanya.

Dari segi nilai ditambah pula, kajian mendapati pada 2005 minyak mentah dan gas asli adalah industri utama manakala pada 2010 perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal mengatasi minyak mentah dan gas asli sebagai industri utama dengan trend berterusan pada 2015," katanya.

Bagi kutipan cukai, kenderaan bermotor, treler dan semi treler kekal menjadi penyumbang terbesar sepanjang tempoh 2005 hingga 2015.

"Cukai dari produk tembakau dan spirit, wain dan minuman keras terus meningkat sepanjang tempoh tersebut," katanya.

Laporan itu berkata sebaliknya, cukai bagi kesenian, hiburan dan rekreasi berkurangan dengan ketara bertujuan menggalakkan pembangunan industri tersebut.

Jumlah subsidi dikurangkan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi.

"Bagaimanapun, komoditi kok dan produk petroleum bertapis terus mendapat subsidi tertinggi walaupun pada kadar yang semakin berkurang manakala subsidi bagi komoditi lain disediakan secara bersasar bagi memenuhi objektif pembangunan dan sosial," menurut laporan itu. - Bernama