Jangka terima RM900.3 juta bayaran balik pinjaman

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka menerima jumlah bayaran balik pinjaman sebanyak RM900.3 juta pada 2019 daripada kerajaan negeri, syarikat, badan berkanun dan organisasi lain.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, pembayaran balik daripada kerajaan negeri dianggarkan sebanyak RM598.6 juta atau 66.5 peratus daripada jumlah bayaran balik pinjaman itu.

Iklan
Iklan

"Sarawak dan Sabah dijangka mencatat bayaran balik pinjaman tertinggi bagi kerajaan negeri untuk tahun 2019,” demikian menurut laporan itu.

Sebanyak RM159.3 juta bayaran balik pinjaman dijangka diterima daripada syarikat termasuk Yayasan Tekun Nasional, Projek Lintasan Kota Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Iklan

Bayaran balik daripada badan berkanun dianggarkan RM128.8 juta manakala kerajaan tempatan sebanyak RM6.9 juta.

Dalam pada itu, bayaran balik pinjaman daripadan organisasi lain seperti kelab dan persatuan pula dianggarkan RM6.7 juta.

Iklan

Selain itu, baki bagi Pinjaman Boleh dituntut Persekutuan pada 31 Dis, 2018 yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM43.2 bilion atau 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Daripada jumlah ini, sebanyak RM22.4 bilion merupakan hutang syarikat, hutang kerajaan negeri terutamanya untuk projek bekalan air (RM15.3 billion) diikuti kerajaan tempatan dan organisasi lain masing-masing RM0.2 bilion dan Koperasi sebanyak RM6.9 juta."

Bagi 2019, pengeluaran pinjaman melalui perbelanjaan pembangunan (DE) adalah dianggarkan pada RM2 bilion.

Menurut laporan itu, bagi tahun depan, kerajaan akan terus menyediakan pinjaman di bawah DE daripada Kumpulan Wang Pembangunan dengan anggaran RM2.5 bilion.

"Kerajaan Persekutuan dianggarkan menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM766.5 juta pada tahun 2020," katanya. - Bernama