Will Smith masih berbisa

Iklan

FILEM yang memaparkan mengenai pengklonan manusia barangkali bukan idea baharu yang ditampilkan dalam filem Hollywood. Namun yang membezakannya adalah bagaimana garapan cerita ini dibuat dan siapa bintang utama yang beraksi di hadapan kamera.

Begitu jugalah dengan filem terbaharu terbitan Skydance Media dan Jerry Bruckheimer Films, yang diedarkan oleh United International Pictures iaitu Gemini Man.

Iklan
Iklan

Filem arahan Ang Lee itu menampilkan Will Smith selaku teraju utama dan turut dibantu oleh pelakon lain seperti Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen dan Benedict Wong.

Gemini Man mengisahkan lelaki bernama Henry Brogan, seorang pembunuh upahan dan penembak tepat yang diburu Clay Varris, ketua pasukan khas yang menggunakan kod nama GEMINI.

Iklan

Bagaimanapun pada usia 51 tahun, Brogan sudah mula tawar hati untuk meneruskan kerjayanya dan berhasrat untuk bersara.

Henry Brogan adalah seorang pembunuh upahan dan penempak tepat yang berhasrat untuk bersara daripada kerjaya hitamnya.

Namun hasratnya itu tertangguh selepas dia bertemu dengan seorang lelaki persis dirinya bernama Junior. Bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi paras rupa dan suara, Junior juga mempunyai kepakaran sama seperti dirinya.

Iklan

Pada pandangan penulis, Gemini Man tampil dengan sebuah filem yang menarik; baik daripada segi jalan cerita mahupun aksi-aksi yang ditampilkan.

Perjalanan filem itu pada pandangan penulis sudah boleh dijangkakan, namun ia tidak mematahkan mood untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya dan siapa dalang di sebalik pengklonan itu berlaku.

Lebih menarik apabila banyak babak-babak aksi dan cemas yang menampilkan gerak kerja kamera yang cukup menarik serta mendebarkan disulam dengan unsur humor pada beberapa babak.

Kemunculan Benedict Wong bersama Smith ada ketikanya mengundang deraian ketawa.

Begitu juga dengan pemilihan lokasi seperti Savannah, Budapest dan Cartagena yang mencantikkan lagi aspek sinematografi Gemini Man dan gabungan kesan bunyi yang baik.

Lakonan Smith juga tidak perlu dipertikaikan lagi, walau memerlukan beliau membawakan dua watak berbeza, namun seperti yang penulis jelaskan, menonton filem ini seolah-olah melihat dua Smith yang berbeza.

Ini kerana karakter Junior juga bukanlah rekaan CGI biasa, Junior adalah 100 peratus rekaan digital dirakam dalam 3D dengan kadar bingkai maksimum - 120 bingkai sesaat.

Will Smith menjayakan kedua-dua watak sendiri dengan bantuan teknologi.

Di tambah pula dengan pengalaman beliau dalam industri seni selama 33 tahun, secara tidak langsung memberi banyak kelebihan kepada Smith untuk tampil dengan lakonan mantap.

Secara keseluruhannya, penulis berpendapat Gemini Man masih sebuah karya yang menarik untuk ditonton. Jadi bagi anda yang sudah menonton, jangan lupa untuk menyertai peraduan Gemini Man di akhbar Sinar Harian hari ini sahaja dan pemenang berpeluang untuk memenangi barangan istimewa filem ini.

Antara babak aksi di dalam Gemini Man.