Guan Eng sindir salahkan kerajaan terdahulu gamatkan dewan

Iklan
Pembentangan Belanjawan 2020 dalam Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyindir kerajaan terdahulu ketika ucapan pendahuluan pembentangan Belanjawan 2020 membuatkan suasana di Dewan Rakyat panas seketika.

Dalam ucapan itu, Guan Eng menyatakan Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991 itu akan dicapai jika tiada amalan rasuah ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

Iklan
Iklan

"Sesungguhnya, tahun 2020 merupakan tahun yang istimewa di Tun (Dr Mahathir) telah mengilhamkannya hampir tiga dekad lalu bagi meraikan kejayaan negara berada di landasan yang tepat untuk menjadi negara maju.

"Wawasan 2020 akan berjaya jika tidak disebabkan oleh skandal kewangan, rasuah dan salah tadbir urus oleh kerajaan terdahulu," katanya.

Iklan

Sejurus ucapan itu, blok pembangkang tampil memprotes tidak bersetuju dengan ucapan Guan Eng tersebut.

Keadaan itu berlanjutan beberapa minit sebelum Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md Yusof tampil meminta ahli dewan bertenang selepas ucapan Guan Eng terganggu beberapa kali.

Iklan