KLANG - Dua banglo dua tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Gembira di sini lewat petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 petang tadi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seramai 22 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Andalas, Pelabuhan Klang, Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba, kita dapati dua rumah banglo jenis semi-D itu terbakar 90 peratus," katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati pemilik menjadikan rumah sebagai tempat simpanan barangan lusuh terpakai.
"Keadaan itu menyebabkan api lebih cepat marak, bagaimanapun anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran," katanya.
Beliau memberitahu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan api dikawal sepenuhnya jam 9.13 malam tadi.