Kek lapis Sarawak tampil di rancangan televisyen Britain

Iklan
David Atherton telah memperkenalkan hasil kek lapis Sarawak versi ciptaannya pada minggu ketujuh bagi rancangan The Great British Bake Off 2019.

LONDON - Makanan tradisional dari negara ini, kek lapis Sarawak disifatkan ciptaan paling sukar oleh juri pertandingan dalam sebuah rancangan televisyen terkenal Britain, The Great British Bake Off 2019.

Makanan yang popular dari Bumi Kenyalang itu telah dijadikan penampilan utama yang harus dihasilkan para peserta pertandingan yang akan dinilai oleh barisan juri termasuk ketua juri, Paul Hollywood yang juga cef selebriti Inggeris terkenal.

Iklan
Iklan

Para peserta dikehendaki mengagumkan juri melalui pembuatan kek lapis yang bukan sahaja sedap, malah perlu menampilkan kreativiti dan bakat mereka sebagai pembuat kek.

Kek lapis Sarawak yang telah dihasilkan oleh Steph Blackwell.

Henry Bird telah menjadi peserta terbaik menghasilkan kek lapis Sarawak pada episod tersebut

Iklan

Peserta yang juga pembantu kedai dari Chester, Steph Blackwell oula telah menerima pujian tinggi dalam kalangan para juri untuk kek lapis yang dihasilkannya yang diberi nama 'Orange and Chai Spices Revitalise Cake' manakala seorang geografi, Alice Fevronia yang menghasil kek lapis 'Chocolate, Orange and Salted Caramel Kaleidoscope Sarawak Style Layer Cake' yang paling kemas dalam episod minggu ketujuh bagi rancangan tersebut.

Kek lapis Sarawak yang telah dihasilkan oleh Alice Fevronia.

Peserta, David Atherton telah mencipta kek yang mempunyai lapisan pelbagai warna yang mampu memperlihatkan bagaimana dirinya mampu bereksperimen dengan pelbagai warna ketika menghasilkan kek tersebut.

Iklan

Dengan penampilan kek lapis sebagai masakan utama dalam pertandingan masakan yang paling popular di England itu, ia sekali gus mengharumkan makanan Malaysia khususnya Sarawak di persada dunia yang merupakan pencuci mulut yang dilindungi hak cipta dan tempat pengeluarannya sejak 10 November 2010 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia.