SARIKEI - Seramai 14 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Jalan Abdul Rahman di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, kebakaran itu disedari salah seorang penghuni apabila terlihat api dari bahagian dapur rumah berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, panggilan kebakaran melibatkan rumah satu tingkat didiami dua keluarga itu diterima jam12.44 pagi dan sejurus selepas itu satu jentera dengan kekuatan 14 anggota digegaskan ke lokasi
"Sampai di lokasi kejadian didapati api sedang marak membakar sebuah rumah.
"Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan,” katanya. - Bernama