Dedah skuad hoki remaja kejohanan antarabangsa

Iklan
Nur Saiful Zaini Nasiruddin - Foto internet

SKUAD hoki remaja negara perlu diberi lebih banyak pendedahan menerusi kejohanan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia Remaja.

Jurulatih negara, Nur Saiful Zaini Nasiruddin berkata, antara kejohanan yang diberi perhatian adalah Piala Sultan Johor (SOJC) 2019 yang akan membuka tirai petang ini di Stadium Hoki Taman Daya di sini.

Iklan
Iklan

"Jadi kita ada dalam seminggu untuk memperkuatkan pemain untuk kelayakan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui menjelang perlawanan pembukaan skuad remaja negara pada SOJC 2019 di sini hari ini.

Menurutnya, kelayakan Piala Dunia Remaja 2021 dijadualkan pada Jun tahun hadapan di Dhaka, Bangladesh.

Iklan

Nur Saiful berkata, buat masa ini, beliau akan melihat prestasi pemain terlebih dahulu sebelum dipilih untuk mewakili negara dalam kejohanan dunia itu.

"Kita ada 40 pemain, macam remaja, kelayakan umur 17 hingga 21 tahun, jadi mereka yang berusia lebih 21 pada tahun hadapan nanti tidak boleh main lagi.

Iklan

"Jadi pemain yang berusia seperti 18 tahun, mereka sebenarnya bila makin lama akan main dengan bagus, jadi kita akan tengok prestasi mereka pada masa itu, yang bagus akan kekal manakala yang kurang berpotensi, kita akan nilai,” katanya.

Skuad remaja negara akan menentang naib juara tahun lepas iaitu India di Stadium Hoki Taman Daya malam ini. - Bernama