244 saman dalam tempoh 11 hari operasi khas

Iklan
Anggota polis mengeluarkan saman kepada salah seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar di jalan utama depan Pejabat Agama Marang, dalam operasi itu. FOTO: IHSAN IPD MARANG

MARANG - [DIKEMASKINI] Sebanyak 244 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 hari operasi khas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.bermula 1 Oktober lalu.

Operasi khas itu dijalankan di sekitar Bandar Marang dan tertumpu kepada penunggang motosikal sahaja.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 177 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar.

Mohd Zain Mat Dris

"Manakala 67 saman selebihnya dikeluarkan kepada penunggang yang tidak memiliki lesen memandu dan motosikal ditunggang tiada cermin sisi, nombor plat pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan juga penunggang bawah umur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya memandang serius penunggang motosikal sama ada remaja mahupun dewasa yang mengabaikan pemakaian topi keledar terutama di kawasan kampung dan luar bandar.

Jelasnya, bermula hari ini, polis tidak akan berlembut lagi dengan penunggang motosikal yang degil dan 'berani' mencabar peraturan jalan raya dengan tidak memakai topi keledar.

Iklan

"Kami akan mengambil tindakan yang tegas dengan terus mengeluarkan saman kepada mereka yang degil termasuklah yang menunggang motosikal di kawasan taman perumahan, kampung atau bukan laluan utama tanpa memakai topi keledar.

"Operasi khas akan dilakukan dari semasa ke semasa dan akan diperluaskan di kawasan Pekan Bukit Payong dan Wakaf Tapai, di sini, dalam masa terdekat ini," katanya.

Susulan itu, Mohd Zain menasihatkan kepada penunggang motosikal terutama di daerah ini agar mengikut peraturan yang ada bagi mengelak diambil tindakan undang-undang.