Lelaki maut kereta bertembung

Iklan
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Bomba Johor

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Sungai Ara berhampiran Jabatan Hutan Kota Tinggi, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa, Lim Khiam Poon, 37, disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pemandu wanita berusia 24 tahun cedera parah akibat tersepit.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, wanita yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan pasukannya.

"Seorang lelaki meninggalkan dunia dan seorang wanita tersepit di bahagian pemandu.

Iklan

"Anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan 'rescue tool' dan mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi kali ini melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi.

Iklan