Petani Palestin cedera diserang pendatang Yahudi

Iklan
Pendatang Yahudi sering mencetuskan provokasi dan menyerang petani Palestin di Tebing Barat.

RAMALLAH - Seorang petani Palestin mengalami lebam dan retak tulang akibat diserang sekumpulan pendatang Yahudi di perkampungan Tell di Tebing Barat.

Kejadian berlaku semasa mangsa, Isa Ramadan, 55, sedang mengutip buah zaitun di kebun miliknya semalam.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, mangsa dikejarkan ke hospital di selatan Nablus untuk rawatan lanjut.

Selain provokasi ke atas petani di Tell, pendatang terbabit turut menyerang petani di perkampungan Sara yang terletak berhampiran.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sekarang adalah musim menuai buah zaitun di Tebing Barat. - Agensi