LTTE: Anthony Loke belum sedia ulas penahanan ADUN Seremban Jaya

Iklan
Anthony Loke -Foto Bernama

NILAI - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook enggan mengulas berhubung penahanan timbalannya, P Gunasekaran yang dipercayai terbabit dalam perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) buat masa ini.

Sebaliknya beliau berkata, perkara itu akan diulas melalui satu sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Saya akan beri komen dalam sidang media yang lain. Nanti saya akan beritahu bila," katanya ringkas sebelum mengakhiri sidang media pada Majlis Perasmian Stesen Komuter Nilai di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran ditahan sepasukan polis dari Bukit Aman di rumahnya di Kampung Baru Rahang, Seremban.

Iklan

Dalam serbuan lebih kurang jam 10 pagi itu, polis turut melakukan penggeledahan di kediaman berkenaan dan memeriksa pejabatnya di Taman Seremban Jaya.

Gunasekaran ditahan selepas dipercayai menghadiri Program Hari Perwira LTTE pada 28 November tahun lalu di Melaka selain menyampaikan ucapan berunsur sokongan dan mengedar risalah serta item berkaitan kumpulan itu.

Iklan

Selain Gunasekaran, ADUN yang juga Exco Melaka dan lima individu lain turut ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.