Gerakan umum bertanding PRK Tanjung Piai

Iklan

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor bulan depan.

"Jawatankuasa pusat Gerakan juga telah memutuskan supaya Timbalan Presiden, Oh Tong Keong dilantik sebagai Pengarah Jentera Gerakan PRK itu manakala Senator Teo Kok Chee akan mengetuai bilik gerakan parti itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

PRK Tanjung Piai di Johor akan diadakan pada 16 November manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung. - Bernama

Iklan
Iklan