JOHOR BAHRU - Tempoh tahanan reman pasangan suami isteri yang sedang disiasat berhubung kejadian kanak-kanak 5 tahun yang maut disyaki didera dilanjutkan bermula esok hingga 9 Januari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, permohonan sambung reman itu diluluskan Majistret Mohamad Salehhudin Abd Sani di Mahkamah Majistret di sini.
"Mereka akan disambung reman selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada 26 Disember lalu, kanak-kanak 5 tahun itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi.
Polis turut menemukan kesan lebam serta bengkak pada bahagian muka, dada, perut dan kedua-dua betis mangsa dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati berpunca hentakan objek tumpul di bahagian badan.
Polis turut menjalankan pemeriksaan ke atas dua adik mangsa yang berusia 3 dan 1 tahun yang turut disyaki didera dan kedua kanak-kanak itu kini ditempatkan di wad khas kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.