JAKARTA - Sebanyak 11 daripada 17 ikan paus yang terdampar ditemui mati di Pantai Menia dekat wilayah Sabu Raijua di Timur Nusa Tenggara, Indonesia Khamis lalu dipercayai akibat luka teruk di seluruh badannya.
Ketua Polis Sabu Raijua, Samuel Simbolon berkata, belasan paus ditemui terdampar di pantai kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan) dan ada di antara penduduk menggunakan bot laju bagi membantu haiwan mamalia tersebut kembali ke laut.